“Ibu Besarkan Kita, Sayang & Jaga Tanpa Keluh Resah...Teruskan Berdoa” - Luahan Najib Razak Buat Ramai Tersentuh
Luahan dan Nukilan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat bondanya mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Nukilan tersebut dimuat naik Najib di Facebook rasminya sebentar tadi selepas ibunya Tun Rahah Mohamed Noah dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang semalam.
“Ibu jaga kita tanpa kenal penat lelah. Ibu menyayangi kita tanpa keluh kesah.
“Sebagai anak, amat sedih apabila seorang ibu menerima ujian dan kesihatan yang semakin merosot.
“Namun kita kena tabah dan redha, teruskan berdoa kepada Allah,” katanya.
Menerusi satu lagi posting, Najib turut menitipkan doa supaya Tuhan menghilangkan kesakitan dan kesengsaraan ibunya.
“Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku!
“Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W. Di keheningan Subuh ini, hambaMu ini memohon kepadaMu Ya Allah.
“Sembuhkanlah ibu hambaMu ini Ya Allah. Hilangkanlah kesakitan dan kesengsaraan ibu hambaMu ini Ya Allah.
“Ya Allah, ampunilahku dan kedua ibu dan bapaku, kasihanilah keduanya seperti mereka menyayangiku di waktu kecil.
“Hanya kepadaMu Ya Allah, hambaMu ini memohon bantuan.Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang,” katanya.
Rata-rata netizen dilihat sebak membaca nukilan dan titipan doa tersebut.
Pada masa sama, kebanyakan mereka turut mendoakan ibunda bekas Perdana Menteri itu diberi kesembuhan segera.
Selain itu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah Mohmmad Noah,.
Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu.