Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Siti memaklumkan telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Aafiyah tidak takut menjalani rutin pemeriksaan giginya.
“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali. Ibu pun dulu penakut jumpa doktor tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.
“Ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut… Hmmm puas memujuk dengan macam-macam cara, akhirnya dia setuju nganga mulut dan duduk di kerusi baring tu.
“Ibu pun temankan sekali. Thank you doktor sebab sabar dan layankan saja karenah Aafiyah. Thank you mummy cantik @farahanimrazak dan baby twin yang datang untuk teman dan main-main dengan Aafiyah. Harap lepas ni Aafiyah tak takut lagi,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya terhibur dengan gelagat lucu Aafiyah.
Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.