Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Ibu Check Dulu Dengan Harapan Aafiyah Tak Takut…” – TokTi Bawa Anak Jumpa Dentist, Alamak Banyak Cara Dah Pujuk Ni

Mya Amri
19/01/2022 11:26 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi ragam anak sulungnya, Siti Aafiyah yang kali pertama bertemu dengan doktor gigi.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Siti memaklumkan telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Aafiyah tidak takut menjalani rutin pemeriksaan giginya.

“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali. Ibu pun dulu penakut jumpa doktor tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.

“Ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut… Hmmm puas memujuk dengan macam-macam cara, akhirnya dia setuju nganga mulut dan duduk di kerusi baring tu.

“Ibu pun temankan sekali. Thank you doktor sebab sabar dan layankan saja karenah Aafiyah. Thank you mummy cantik @farahanimrazak dan baby twin yang datang untuk teman dan main-main dengan Aafiyah. Harap lepas ni Aafiyah tak takut lagi,” kongsinya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya terhibur dengan gelagat lucu Aafiyah.

Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
#Datuk Siti Nurhaliza #Datuk Siti #Siti Aafiyah #Tokti #Dentist #Muhammad Afwa