Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Ibu Chef Zam Meninggal Dunia

Badrul Hashim 26/09/2020 | 02:16 MYT
Lewat malam tadi Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab berkongsi satu status di Instagramnya memberitahu bahawa ibunya yang tercinta Allahyarham Chik binti Minah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) beberapa hari lalu.
Menurut Chef Zam, arwah dimasukkan ke hospital akibat masalah cirit birit dan pada mulanya disyaki pneumonia.
"Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi.
"Saya mohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ma Saya. Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur & merempat kan rohnya bersama para Syuhada. Amiiiin YRA.
"Jenazah sekarang berada di Surau As Salam Seksyen 4 Kota Damansara. Inshallah jenazah Ma Saya akan dimandikan pada jam 8am, disolatkan di sini & disimpan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, tulis Chef Zam.

Assalamualaikum wbt. ‎ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi. Saya mohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ma Saya. Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur & merempat kan rohnya bersama para Syuhada. Amiiiin YRA ????? Jenazah sekarang berada di Surau As Salam Seksyen 4 Kota Damansara. Inshallah jenazah Ma Saya akan dimandikan pada jam 8am, disolatkan di sini & disimpan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Al-Fatihah ... ‎ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ ‎ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ

A post shared by ?‍?Professor Chef Zam? (@chef_zam) on

Salam takziah daripada Gempak buat Chef Zam sekeluarga.
#Chef Zam #Ibu Meninggal Dunia
;