Ibu kepada Cupcake Aisyah, Sue Zarip bertindak membela anaknya susulan perkongsian Leona Azhar mengenai rakan baik yang dikatakan bercinta dengan bekas teman lelakinya selepas mereka berpisah.

Memuat naik semula komen-komen yang diterima di Instagram Story, Sue atau lebih dikenali sebagai Mama Sue bersyukur dengan ujian yang diberikan kepada dirinya.



“Alhamdulilah for all this. Ujian Allah buat saya. Hopefully jangan sampai Allah uji kepada yang berkenaan atau pada your family members. Doa orang yang teraniya pasti dimakbulkan,” tulisnya.

Selain itu, rakan baik Aisyah iaitu Eliya Farhana turut berkongsi hantaran di platform X.



“Saya rasa kamu tidak sepatutnya dengar cerita sebelah pihak sahaja,” katanya ringkas.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila pempengaruh Leona Azhar ‘mendedahkan’ sahabat baik sendiri ‘bercinta’ dengan bekas teman lelakinya.

Menerusi video yang tular di platform X itu, Leona menulis sepotong kapsyen berbunyi: “My heart when my best friend got with my ex after we broke up.”

Untuk rekod, Mama Sue merupakan isteri kedua kepada Datuk Mohd Razip.