HIBURAN

Ibu Dakwa Mikael Noah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Penyanyi Irama Malaysia, Kongsi Bukti Pada Caprice - “Dia Memang Tak Selesa…”

Ainun Md Zooki 28/07/2025 | 10:17 MYT
Ibu kepada pelakon cilik, Mikael Noah iaitu Salzelin Osman mendakwa anaknya menjadi mangsa ganguan seksual seorang penyanyi irama Malaysia.

Menerusi satu perkongsiannya kepada penyanyi rap Caprice, Salzelin mendakwa anaknya menerima mesej daripada individu tersebut yang dipercayai mempunyai unsur gangguan seksual.

“I’ll do anything for my kids.

“Mikael memang tak selesa dan tak berapa layan pun bila orang tu mesej bukan-bukan cuma dia dah di brain wash yang konon orang tu sayang dia ikhlas dan perbuatan dia tu semua sebab sayang.


“Jadi, Mikael reply juga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice memohon pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dalam kadar segera.

“Salam PDRM, sila angkut orang ini. This grooming took place on WhatsApp harap harap ada tindakan secepat mungkin.

“Insya Allah demi keselamatan anak anak kita,” tulis Caprice.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lebih lanjut dan tiada kenyataan rasmi lagi daripada pihak berkuasa berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, Gempak sudah menghubungi ibu Mikael dan akan mendapatkan kenyataannya dalam masa terdekat.

#Ibu #Gangguan #Seksual #Dakwa #Mikael Noah