Hiburan

“Ibu Dan Baby Sihat”- Isteri Bae Yong Joon Selamat Bersalin Anak Perempuan

gempak
Mya Amri
10/04/2018
12:26 MYT
Sponsor Banner
“Ibu Dan Baby Sihat”- Isteri Bae Yong Joon Selamat Bersalin Anak Perempuan
Pelakon drama bersiri popular Winter Sonata, Bae Yong Joon selamat menyambut kelahiran anak keduanya.
Isterinya yang juga merupakan aktres Park Soo Jin berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan anak perempuannya hari ini.
“Memang benar Park Soo Jin selamat bersalin puteri sulung mereka. Ibu dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” kata sumber agensi pengurusan Yong Joon, KeyEast.
Menerusi laporan TV Report, anak pasangan itu dilahirkan di sebuah hospital di Seoul.
Bae Yong Joon dan anak lelakinya juga turut berada di sana untuk bertemu adiknya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini berkahwin pada Julai 2015 selepas tiga bulan mejalin hubungan cinta dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 23 Oktober 2016.
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024