Ibu Dan Isteri Meninggal Dunia Kerana Kanser, Superstar Bollywood Sanjay Dutt Sahkan Hidap Kanser Paru Paru
Maliah Surip
18/10/2020 06:00 MYT
18/10/2020 06:00 MYT
Superstar Bollwood, Sanjay Dutt akhirnya membenarkan spekulasi dari media massa India yang mengatakan dirinya menghidap kanser sejak seminggu lalu.
Dutt malah mengaku dirinya kini menghidap kanser paru paru tahap 4.
Aktor yang berusia 61 tahun itu juga mengatakan beliau akan berperang dengan kanser tersebut.
Dalam sebuah video yang dirakamkan oleh pendandan rambutnya, Aalim Hakim, Dutt menunjukkan kesan luka yang terdapat pada bahagian kiri kening hingga ke kepala.
"Ini adalah luka terbaharu dalam hidup saya. Tapi saya akan mengatasinya. Saya akan bebas dari kanser ini segera," katanya penuh semangat Seperti yang dilaporkan oleh BBC.News.
Dutt yang sudah terbabit dengan lebih 150 buah filem itu juga mengumumkan akan segera kembali ke set penggambaran pada November depan.
Dutt pada Ogos lalu sempat disyaki dijangkiti Covid 19 selepas mengadu mengalami gejala seperti sesak nafas.
Bintang sensasi ini juga sempat menuliskan kenyataan di akaun Instagramnya pada Ogos lalu menggesa agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi tentang kesihatannya.
Beliau mengatakan sedang berehat untuk menjalai rawatan kesihatan dan dikelilingi keluarga serta teman rapat yang sentiasa memberi semangat.
Ironi, dalam keluarga Dutt, dua daripada orang penting di kehidupannya juga meninggal dunia kerana kanser.
Ibunya, Nargis meninggal dunia kerana kanser pada tahun 1981, beberapa hari sebelum debutnya sebagai pelakon.
Kemudian, beliau kehilangan isteri pertama, Richa Sharma yang meninggal dunia kerana kanser otak.
Instagram: @duttsanjay