Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas

Amri Hassan
17/05/2022 03:55 MYT
"Kalau nak tahu, Love (Neelofa) ni takut lipas!" demikian pendedahan Datin Noor Kartini mengenai anak perempuannya yang juga selebriti ternama, Noor Neelofa.

Berkongsi lanjut menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini, kongsi Kartini lagi, Neelofa seorang individu yang manja dan penyanyang, sesuai dengan nama panggilannya, Love.

"Dari kecil dia tak boleh cakap lagi sebenarnya. Kami semua panggil dia Love mungkin sebab ada sinonim juga dengan nama dia, Lofa. Bila besar, memang melekat sikap Love itu. Dia manja, penyayang dan suka mengambil berat.

"Dia manja sangat. Selalu telefon mama. Selalu nak masakkan mama walau dia boleh saja beli apa-apa yang dia nak. Tapi dia tetap nak air tangan mama.

"Selalu akan cakap dengan mama, apa dia nak buat. Dia mesti akan kongsikan dengan mama dulu. Semua kena cari restu mama," ujarnya.

Dalam pada itu, Kartini percaya kejayaan yang diraih Neelofa sehingga kini berkat daripada sikapnya yang memuliakan ibu bapa dalam setiap apa yang dilakukannya.

"Kalau boleh saya gambarkan, dia sangat istimewa. Tiga sikap yang buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama, dia percaya dengan reda ibu bapa. Allah SWT bersabda, reda Aku datang selepas reda ibu.

"Bagi saya, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanannya. Air matanya jarang orang nampak. Kita semua boleh tengok jihad dia melawan dirinya sendiri ketika di puncak.

"Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula. Panggil ustaz, tak pernah berhenti untuk perbaiki diri," kongsinya.

#Neelofa #Ibu #Noor Kartini #PU Riz #Lipas
;