Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Ibu Dimasukkan Ke CCU Kerana Degupan Jantung Tidak Normal, PU Rahmat Minta Semua Turut Berdoa

Rozaimi Zubaidi 26/11/2018 | 02:13 MYT
Pencetus Ummah, (PU) Rahmat memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya yang dimasukkan ke hospital akibat masalah penyakit lemah jantung.
Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya dan berharap agar ibunya segera sembuh.
"Mohon doakan ibu saya yang ditahan Wad CCU kerana degupan jantung tidak normal.
"Ya Allah pemilik Syifa. Sembuhkanlah ibuku.

Doakan kalian saya dahulukan dengan Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian ❤️?

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@purahmatikhsan) on

"Doakan kalian, saya dahulukan dengan Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian," tulisnya.
Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen serta mendoakan supaya emaknya kembali pulih selepas menerima rawatan.
#Pencetus Ummah #PU Rahmat
;