Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Fiza Kamarudin
12/08/2021 02:13 MYT
12/08/2021 02:13 MYT
Ibu kepada naib juara Akademi Fantasia musim kelima, Ebi Kornelis, Reni Bakar, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah.
Ebi mengesahkan Allahyarham ibunya menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun, Selasa lalu.
Berita kematian ibu Ebi turut dikongsikan kenalan dan rakan melalui Facebook yang merakam ucapan takziah.
Mereka turut mendoakan agar bintang AF 5 itu terus tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Ebi pada 8 Ogos lalu berkongsi hantaran di laman sosial Facebook mengenai dirinya dan bapa, Yaimal Muhammad, 74, disahkan positif COVID-19.
Kini, Ebi ditempatkan di Hospital Tuaran, Sabah manakala bapanya pula di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ebi sebelum ini turut menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan ibunya yang berseorangan di rumah selepas dia dan bapanya terpaksa dibawa ke pusat kuarantin kampus Intan.
Bapanya pula dari pusat kuarantin diarah ke HQE kerana kekurangan oksigen. Ebi kemudian dipindahkan dari pusat kuarantin ke Hospital Tuaran kerana mengalami sesak nafas berpanjangan.