Program realiti The House yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra bersama rakan rapat, Magie Abang Saufi bakal memasuki episod keenam Rabu ini.

Kepada anda yang terlepas menyaksikan episod kelima, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja.

Berdasarkan sedutan episod akan datang di penghujung episod lima lalu, Ibu Ezurin, Zelly Ariffin datang berkunjung ke rumahnya.

Ezurin kelihatan gembira dan bertanya pendapat ibunya tentang rumah yang didiami di Hulu Langat, Selangor itu.

Ada juga perkara lain yang diperkatakan oleh mereka, nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa saksikan The House episod keenam malam esok!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.