HIBURAN
Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman, Netizen Syak Fattah Amin Yang Komen - “Kalau Dah Love Biru Memang Confirm…”
Tindakan ibu kepada pelakon Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani meninggalkan komen di Instagram penyanyi Amira Othman berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Amira baru-baru ini, penyanyi lagu Hati-Hati itu berkongsi gambar dirinya mengenakan jubah abaya dan tudung rona merah jambu serta coklat lembut.
Namun, komen yang ditinggalkan oleh akaun milik ibu Fattah mula mencuri perhatian selepas Amira sendiri membalas dengan satu soalan penuh tanda tanya.
“Cantiknya,” komen akaun @ibuazizahofficial beserta emoji hati biru.
“Terima kasih (tapi) ibu ke anak ibu (yang komen) ini? Confusedlah (buat-buat confuse) 😅,” balas Amira.
Menjengah ke ruangan komen terus dibanjiri netizen yang membuat spekulasi bahawa komen itu sebenarnya ditulis oleh Fattah Amin sendiri, menggunakan akaun ibunya.
“Ni confirm Fattah yang komen, love biru tu trademark dia.
“Pandai cover line guna akaun ibu ye bang.
“Kalau dah love biru tu. Memang confirm lah anak ibu yang komen. Bak kata dia. Biru buat abang rindu,” komen beberapa netizen.
Setakat ini, baik Fattah mahupun ibunya belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai komen berkenaan.