HIBURAN
Ibu Fattah Amin Tersasul Masa Buat ‘Live’ TikTok Jual Tudung - “Sayang Betul Ibu Pada Kak Long Sampai…”
Hubungan baik antara pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial.
Terlepas cakap
Apa sahaja video atau gambar yang memperlihatkan mereka berdua juga selalu akan menjadi bualan peminat yang tidak putus mendoakan agar pasangan itu disatukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
Terbaharu, tular video ibu kepada Fattah iaitu Azizah Abdul Ghani sedang menjual koleksi tudungnya bersama anak-anak perempuan ketika siaran langsung di TikTok pada malam tadi.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila Azizah tersasul menyebut ‘adik kak long’ yang merujuk kepada Amira Othman.
“Bagi sold out… penat adik-adik kak long (Amira), abang long (Fattah) ni,” kata ibu Fattah secara spontan.
Rata-rata netizen di ruang komen terhibur melihat ibu Fattah tersasul dan menganggap wanita itu seakan-akan memberi bayangan mengenai hubungan anaknya.
“Muka ibu selepas terlepas cakap itu.
“Ibu Azizah dah bagi hint.
“Penat dah ibu nak cover… cepat sikit la naik pelamin.
“Sayang betul ibu pada kak long sampai tersasul. Mesti tak sabar nak terima menantu kesayangan itu. Menantu pun bagus betul akhlaknya,” komen beberapa netizen.
undefined