Ibu Guna Identiti Anak Gadis Untuk Pikat Lelaki Online, Ini Kesudahannya…
Firdaus
01/02/2024 09:27 MYT
01/02/2024 09:27 MYT
Siapa sangka seorang ibu sanggup menggunakan identiti anak perempuannya bagi memikat lelaki secara atas talian.
Begitulah perkara yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok di mana dia menceritakan tentang satu individu bernama Victoria yang menjadi mangsa percintaan antara ibunya dengan lelaki muda secara ‘online’.
Difahamkan, kes itu pada awalnya berlaku kerana ibu Victoria yang bersikap garang sering kali merampas telefon bimbit anak perempuannya itu.
Bagaimanapun, Victoria beranggapan bahawa tindakan itu adalah sesuatu yang normal dan dilakukan bagi tujuan mendidik.

BERITA TRENDING: Sambut Hari Jadi Sendiri, Tiup Lilin Pacak Atas Burger Tepi Jalan! Netizen Tersentuh Lihat Momen 'Self Healing' Lelaki…
Namun, apa yang memeranjatkan apabila ibu Victoria rupa-rupanya selama ini menggunakan identiti anak perempuannya bagi tujuan bercakap dengan seorang lelaki muda secara atas talian.
“Mak Victoria ni dia suka rampas-rampas telefon, pada awalnya Victoria tak fikir apa-apa sebab dia fikir itu sebagai satu cara mendidik.
“Rupa-rupanya mak dia berpura-pura dan gunakan telefon dia untuk bercakap dengan seorang lelaki secara atas talian,” kongsi wanita itu.
Susulan daripada pembongkaran perkara itu, Victoria turut mendakwa masalah tersebut memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan antara ibu bapanya.
“Sebab perkara itu, Victoria rasa segalanya berlaku kerana kesilapan dirinya serta tidak mahu ibu bapanya bercerai berai,“ kongsi wanita itu lagi. undefinedSekadar info, kes itu dikatakan berlaku lima tahun lalu ketika Victoria masih berusia 15 tahun.
Sehingga sekarang difahamkan Victoria menghadapi masalah kerisauan melampau serta paranoid disebabkan hal yang menimpa dirinya.
Sumber: TikTok