VIRAL
Ibu Hamil Mengidam Disaman Polis
Seorang wanita hamil dari Desa Kotasari, Kecamatan Pusakanagara, Subang, Jawa Barat, mengidam sesuatu yang luar biasa iaitu mahu disaman oleh polis.
Menurut Ketua Polis Pamanukan, AKP Udin Awaludin, hajat wanita itu telah berjaya dikabulkan selepas wanita itu Riah, dan suaminya, Agus, mendekati anggota polis yang sedang bertugas dan menyampaikan keinginan unik mereka.
"Kami memudahkan urusan mereka, jadi kami buat satu sketsa. Mereka disuruh menunggang motosikal di sekitar Pamanukan sebelum diberhentikan oleh anggota polis.
“Sketsa itu dibuat semasa Operasi Keselamatan Lalu-Lintas 2025 pada 14 Februari lalu," katanya kepada wartawan pada Sabtu.
Tambahnya, ketika 'disaman' Riah begitu gembira malah mencium tangan anggota polis yang telah 'menyaman' mereka.
Kejadian itu malah tular di media sosial yang turut mengundang pelbagai reaksi lucu warga maya.
Sumber: Sinar Harian