Berita

“Ibu Hamil Tak Perlulah Beria Takut Tengok Baby Sumbing...” - Isteri Lan Solo

gempak
Syafiqah Jalal
01/11/2019
09:28 MYT
Sponsor Banner
“Ibu Hamil Tak Perlulah Beria Takut Tengok Baby Sumbing...” - Isteri Lan Solo
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim bersyukur kerana bibir sumbing yang dialami oleh anak bongsu mereka Nur Amna Quxandra, 1, selepas dibedah kini keihatan semakin baik.
Sheila turut berkongsi amalan yang dilakukan bagi memudarkan parut jahitan sumbing anaknya selepas dibedah.
“Saya banyak dapat DM lately bertanya pasal kesan operation Baby Xandra dulu.. .Jahitan tu nampak cantik dan kemas dan sekali pandang macam tak nampak dia sumbing / klef.. .Yes, Alhamdulillah bibir Xandra cantik kejadiannya.
“Guys, especially parent yang ada anak klef yang baru lepas operation.. Jangan lupa urut 100 kali sehari... Saya memang tak tinggal dermatix cream..
“Mula-mula pakai yang ultra.. Lepas dah nampak kesan jahitan tu semakin menipis.. Pakai pula yang advance.. .Yes cream ni sedikit mahal.. But Insya-Allah hasilnya memuaskan,” tulisnya.
Sheila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto perubahan yang dialami anaknya selepas melalui proses pembedahan setahun yang lalu. Selain itu, Sheila menasihatkan supaya bayi yang dilahirkan sumbing itu tidak terdedah kepada ramai orang dan tempat awam kerana mereka terlalu sensitif dan mudah dijangkiti penyakit.
“Dan yang paling penting.. Hadkan baby dari berjumpa orang dan sila kedekut baby untuk bagi orang pegang sebab baby klef ni sangat sensitif dgn persekitaran dia.. Elakkan cium dia..
“Bukan anak klef je.. Mana-mana baby pon sebaik-baiknya begitulah, yang datang melawat pun harapnya faham ye.. Baby klef ni jahitannya luar dalam kena jaga... Memang sangat-sangat mudah untuk dapat infection.
“Dan sekarang.. Saya sangat berpuas hati dengan kesan jahitan bibir Xandra.. Tunggu besar sikit je lagi.. Kita akan start follow up gusi dia pulak.. Doakan tau,”tegasnya.
Sementara itu, Sheila turut berpesan kepada ibu hamil di luar sana supaya jangan terlalu takut untuk melihat atau mendekati bayi sumbing kerana bimbang anak dalam kandungan mereka akan nasib yang sama.
“Lepas tu, yang tengah preggy atau baru preggy.. Tak payahlah beria benar takut tengok budak sumbing ni.. Bukan berjangkit pun..
“Kalau dah Tuhan nak bagi… Family kau tak ada sumbing pon dia tetap bagi sebab saya ada jumpa orang yang wife dia preggy takut tengok Xandra masa kat hospital dulu..
“Katanya sebab wife dia preggy.. Choi! Come on.. Itulah kehebatan kuasa DOA… So, teruskan doa benda yang baik-baik okay,” jelasnya.
Xandra dilahirkan pada 24 Februari 2018 dan bibir sumbingnya dibedah pada Mei tahun lalu.
Sheila dan Lan bernikah pada 5 Disember 2009.
Sebelum itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live