Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
Gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis
Seorang ibu tunggal bertindak menghantar anak lelakinya ke balai polis kerana tidak tahan dengan sikap degilnya, selain suka melawan orang tua.
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
"Ya Allah, minta maaf mama," demikian rayuan Satrio ketika mereka tiba di balai polis.
Meskipun Satrio menangis-nangis merayu kepada ibunya agar tidak menyerahkan dia kepada pihak polis, ibunya tidak mengendahkan 'drama' tersebut lalu meninggalkan anaknya di balai berkenaan.
Dalam pada itu Ketua Polis Dungingi, Ipda Roy Pidu berkata, selama anak itu ditinggalkan di balai, pihak polis memberikan dia pengajaran dan nasihat supaya tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.
"Ibunya meminta kepada kami supaya mengajar anaknya tentang menjadi anak yang baik kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menegurnya," kata Roy.
Setelah ditahan dalam tempoh 24 jam dan diberikan pengajaran, ibunya kembali menjemput anaknya tersebut. "Dia kembali diambil ibunya selepas dia membuat surat aku janji agar tidak mengulangi perbuatan melawan dan degil," kata Roy lagi.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024