HIBURAN
Ibu Hanya Dibenarkan Jumpa Anna Jobling Dalam Jarak 100 Meter - “Dia Buat Saya Sampai Macam Tu…”
Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendedahkan pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan jumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Menurut Ariz, dia kesal dengan tindakan Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, yang sanggup memperlakukan ibu kandungnya seperti itu.
Jelas Ariz, menerusi perbincangan antara wakil peguam perintah larangan itu terbatal namun masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
"Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah.
"Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tidak boleh langgar.
"Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu," katanya
Tambah Ariz lagi, dia tidak berniat ingin membuka cerita tentang anak kandung sendiri namun kemelut yang berlaku kepada mereka pada malam Ahad membuatkan dirinya sudah tidak dapat menahan sabar.
Luah Ariz, perintah injunksi sebelum ini didakwa kononnya diterima kerana kelakuan kasar yang dilakukan terhadap pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu.
"Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.
"Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture," ujarnya.
Sementara itu, Ariz turut memberitahu dia kini sudah tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan kerja Anna termasuk memilih tawaran pekerjaan yang diterima.
"Saya juga tidak boleh mencampuri urusan kerja Anna. Sebelum ini saya banyak campur dalam memilih tawaran kerja.
"Saya tak mahu Anna penat bekerja. Kadang Anna tu penat kerja sampai tak ada rehat. Katanya dia memang suka bekerja.
"Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak sendiri," jelasnya.
ARTIKEL TRENDING: Ibu Anna Jobling Kongsi Keadaan Tangan Bengkak, Menangis Di Balai Polis - "Bagilah Banyak Mana Injuksi, I Tak Gentar! Kalau Masuk Penjara Pun..."
Terdahulu, ibu Anna memuat naik foto di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.Gempak cuba untuk menghubungi ibu Anna namun gagal.
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video