Laman Utama

Ibu Instafamous Perjelas Video Dakwaan Malukan Warga Emas- “Hanya Yang Fikir Secara Terbuka Dapat Jawapan”

gempak
Mya Amri
29/07/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
Ibu Instafamous Perjelas Video Dakwaan Malukan Warga Emas- “Hanya Yang Fikir Secara Terbuka Dapat Jawapan”
Ibu kepada instafamous yang didakwa menghina warga emas tampil memberikan penjelasan berkenaan video tular anak lelakinya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, wanita itu telah memuat naik video penuh insiden itu dan menyatakan terdapat salah faham mengenai perkara itu.
Dia juga mendakwa video yang tular itu hanya diambil pada bahagian yang boleh mencetuskan perspektif negatif masyarakat terhadap anaknya.
“Alhamdullilah anakanda saya dan teamnya mewarisi kerjaya saya dalam bidang kebajikan.
“Rumah menempatkan gelandangan di Kuala Lumpur ini dinamakan Anjung Singgah dan dibina oleh Yayasan Kebajikan Negara @yayasankebajikannegara.
“Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur pada tahun 2014, pusat menempatkan gelandangan ini baru mula beroperasi dan ada antara gelandangan yang kami laksanakan operasi gelandangan ditempatkan di sini.
“Selepas saya bersara, saya selalu impikan anak-anak saya meneruskan legasi kerja kebajikan yang saya mulakan dalam keluarga sejak 1995 apabila saya berkhidmat dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Ini adalah sedutan video anak saya dan teamnya melaksanakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di Anjung Singgah Kuala Lumpur.
“Sayangnya hanya dipilih sedutan yang melihat dari perspektif negatif sahaja untuk diviralkan. Apa tujuan mereka?
“Hanya yang mahu dan memilih untuk berfikir secara sihat dan terbuka sahaja yg boleh mendapat jawapan yg tepat.
“Stay safe dan teruskan legasi mak untuk buat kebajikan anakanda semua,” jelasnya.
Terdahulu, tular sepotong video seorang usahawan dan instafamous lelaki di media sosial yang didakwa sengaja memalukan seorang warga emas dengan mengungkit kisah silamnya di hadapan orang ramai.
Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marah netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, "Masa muda dulu menyesal tak?" dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Netizen juga turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.
BACA: Isteri Influencer Viral Malukan Warga Emas Kongsi Status Tentang Ujian & Pahala, Netizen Warning; "Jangan Play Victim"
BACA: Dah Buat Netizen Bengang, Carl Samsudin Minta Maaf, Dakwa Selama Hidup Tak Pernah Biadab
Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.
BACA: “Gelandangan, Penagih, Pengemis Ke, Lu Kalau Nak Buat Kebajikan…” - Malek Sudah Mari, Aaron Aziz Sound Instafamous!
Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live