,
Laman Utama

Ibu Ismail Izzani Pun Jadi Mangsa ‘Serangan’ Netizen - “Bukan Kata-Kata Orang Yang Akan Ubah Dia Tapi…”

Asyikin Mayudin
25/11/2022
06:55 MYT
Bukan saja laman sosial Ismail Izzani diserang netizen tetapi Instagram ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Datin Suliza Salam turut menjadi mangsa.
Ia susulan tular video panas yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ismail Izzani sedang menari dan mencium pipi serta leher seorang wanita di sebuah kelab hiburan.
Menerusi ruang komen di perkongsian foto Suliza menunjukkan jari dicelup dakwat sempena PIlihan Raya Umum (PRU15) baru-baru ini, rata-rata netizen mempertikaikan caranya menjaga anak.
“Saya tengok video anak mak cik beromen dalam kelab dekat Facebook, anak mak cik baik kan? Mantap mak cik jaga anak,” komen netizen.
Tidak hanya berdiam diri, Suliza turut membalas komen tersebut secara sinis dengan meluahkan rasa syukur dan berdoakan individu itu dijauhkan dari segala musibah.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekarang, dijauhkan dari segala aib dan musibah. Amin,” balas Suliza.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menganggap Suliza sangat beruntung mempunyai seorang anak yang gemar ke pusat hiburan seperti kelab malam.
“Untung la maknya ada anak kaki club,” kata netizen.
Membalas komen tersebut, Suliza memberi pesanan kepada individu tersebut dengan mengatakan hanya Allah akan mengubah seseorang itu bukannya manusia.
“Anak kamu nanti belum tahu juga lagi kan… mengata anak orang memang seronok kan. Akhiran hidup sesiapa belum tentu… Allah yang Maha pengampun.
“Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia… atau sesiapa juga. Tapi Allah… faham tu ya,” tulisnya.
Terdahulu, Ismail pernah terpalit dengan kontroversi menghamilkan seorang wanita dan dituduh sudah mendirikan rumah tangga.
Namun, ibu kepada penyanyi itu menafikan dakwaan-dakwaan berkenaan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Baru Sehari Kerja Butik, Alice Chang Resign Sendiri Sebab Gaji Tak Setimpal - "Populariti Saya Semakin Meningkat"

gempak
22/10/2024
11:55 MYT
Wanita yang sering mencetuskan kontroversi, Alice Chang, sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial setelah menerima pekerjaan baru di sebuah kedai pakaian tradisional India.
Hiburan

Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”

gempak
22/10/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menjadi perhatian selepas berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menimba ilmu dengan pempengaruh kontroversi, Andika Putera.
Hiburan

Nama Dipetik Sertai GV11, Mila Jirin; "Jangan Risau, Saya ..."

gempak
21/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Mila Jirin menjawab spekulasi yang menyatakan dirinya tersenarai dalam peserta Gegar Vaganza pada tahun ini.
Hiburan

Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

gempak
21/10/2024
01:33 MYT
Pelakon, Qistina Raisah enggan mengambil pusing terhadap pendapat orang mengenai penampilan dirinya yang dikatakan seksi dan terlalu mencuba untuk menjadi ‘dewasa’.
Hiburan

Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

gempak
19/10/2024
08:20 MYT
Seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap aktor Fattah Amin gara-gara populariti yang diraih selepas bergelar duda.
BorakSeeni