Ibu Issey Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Amri Hassan
23/07/2019 08:23 MYT
23/07/2019 08:23 MYT
Ibu kepada pengacara dan pelawak Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia pada pukul 3.40 petang tadi.
BACA: Jalani Pembedahan Memasukkan Besi, Ibu Issey Kembali Pulih Dalam Masa Seminggu
Menurut perkongsian Issey pagi tadi, ibunya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, akibat serangan jantung.
"Ibu saya baru meninggal dunia. 3.40 petang. Al-fatihah.
"Pukul 9.30 pagi tadi dia kena major heart attack," tulis Issey menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
Berduka atas berita terbabit, rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan takziah atas kehilangan insan tersayang Issey.
Kami di Gempak turut mengucapkan salam takziah buat Issey sekeluarga. Al-Fatihah.