Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Ibu Jari Lebam, Biru Dan Bengkak…” -Panik! Sissy Imann Tergelincir Jatuh Pentas, Di Bawa Ambulans Ke Hospital

Mya Amri 21/10/2019 | 10:28 MYT
Penyanyi Sissy Imann berdepan saat cemas apabila tergelincir dan terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan di Pulau Pinang.
Berita itu dikongsi sendiri oleh Sissy menerusi beberapa posting di IG Story miliknya semalam.
“Hari ini saya tergelincir dah jatuh dari pentas masa baru nak membuat persembahan untuk lagu kedua. Benda dah nak jadi.
“Tak boleh berjalan kerana Sissy jatuh himpap badan sebelah kiri jadi kaki saya di bahagian sebelah kiri sakit bila berdiri. Ibu jari kiri saya juga lebam dan bengkak kerana terkena tangga pentas sewaktu terjatuh.
“Berikutlah sejarah hari ini. Tragedi Oktober di Pulau Pinang. Tetapi saya dah semakin baik sekarang Cuma jari masih bengkak biru dan kaki masih sakit tapi tak ada patah mana-mana- Alhamdulillah,” tulisnya.
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Sissy memberitahu keadaannya kini semakin baik kecuali bahagian ibu jari tanggannya sahaja yang memerlukan masa untuk pulih.
“Mimpi ngeri bagi seorang pemain piano lagi-lagi apabila anda harus membuat persembahan yang besar tidak lama lagi. Tak tahu nak rasa apa lagi hanya mampu doa saja. Alhamdulillah, semakin baik daripada semalam. Semoga cepat sembuh jariku...” tulisnya.

The worst nightmare of a pianist lagi-lagi when you have a big performance very soon . Tak tahu nak rasa apa lagi hanya mampu doa ja . Alhamdulillah it is getting better than yesterday . Semoga cepat sembuh jariku ..

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Sissy.
“Syafakillah @sissyimann, semoga untuk persembahan nanti boleh buat yang terbaik,” tulis @fiqzie_01
“Semalam saya dipadang kota jugak dan insiden ini memang betul-betul terjadi @sissyimann terjatuh semalam dan alami kecederaan. Semoga cepat sembuh ye dik... Ingat sakit tu ujian Allah kena kuat okay,” komen @mr_ahmadtaufiq.
#Penyanyi #Penyanyi #Sissy Imann
;