Laman Utama
Ibu Jatuh Dari Kerusi Ketika Solat, Umie Aida Syukur Tak Ada Kecederaan Serius
Pelakon Datin Seri Umie Aida, 48, menarik nafas lega selepas ibunya, Mak Semah tidak mengalami kecederaan serius akibat terjatuh dari kerusi ketika sedang bersolat.
Menurut Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali menyatakan pada awalnya dia sangat risau memandangkan ibunya sudah tua.
"Alhamdulilah.. Mak Semah dalam lindungan Allah. Mula-mula risau sangat bila mak jatuh kerusi masa solat.
"Orang tua ni bila jatuh kena ambil serius. Syukur mak Semah sihat walafiat. Terima kasih atas doa-doa semua.
"Dan paling comel ucapan terima kasih mak Semah pada peminat-peminat ya. Comel ja," tulisnya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Umie memuat naik sebuah rakaman video Mak Semah mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirim.
"Saya berterima kasih banyak-banyak pada semua peminat yang mendoakan saya. Semoga kita sama-sama sihat dan dijauhkan daripada penyakit," kata Mak Semah.
Dalam pada itu, pelakon filem Dukun turut berpesan untuk lebih berhati-hati ketika berada di tandas.
Kata adik kepada pengarah Erma Fatima, sekiranya terjatuh akan mengambil masa lama untuk sihat terutama untuk orang yang sudah berusia.
"Saya nak kongsi sikit saya pernah dengar, berhati-hati kalau orang tua jatuh kat tandas. Kerana kat tandas banyak 'jin toncet', bila jatuh memang susah sikit nak baik. Wallahu’alam bisshawab," tulisnya lagi.