BERITA
Ibu Juri GGV2, Farihin Abdul Fattah Meninggal Dunia
Ibu juri program realiti islamik, Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farihin Abdul Fattah, Maryam Nasron meninggal dunia semalam (24 April 2018).
Perkara itu dikongsikan oleh bintang GGV2, Yassin Sulaiman menerusi sebuah entri terbaharu di laman sosial Instagramnya.
Yassin yang juga merupakan anggota kumpulan Brothers memuat naik sekeping foto Farihin sedang menaburkan bunga di pusara arwah ibunya.
"Syurga di bawah telapak kaki ibu. Salam takziah buat Farihin Abdul Fattah & keluarga di atas pemergian Allahyarhamah ibu Maryam binti Nasron," tulis Yassin.
Di ruangan komen rata-rata peminat kedua-dua selebriti nasyid ini berkongsi kedukaan dan merakamkan ucapan takziah kepada Farihin atas pemergian ibu tercinta.
Astro Gempak mengucapkan salam takziah kepada Farihin dan keluarga atas kehilangan insan yang paling dicintai.
Dalam pada itu, GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kelima GGV2 bakal membawa tema Bergabung Bergema dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @yassinsulaiman
Must-Watch Video