Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ibu Kena Samun Tiada Kena Mengena Dengan Kemelut Rumah Tangga Saya" - Adira

Amri Hassan
26/11/2019 05:13 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi menganggap insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu ada hikmahnya.

Jelas Adira, kejadian itu tiada kena mengena dengan kisah pergolakan rumah tangganya bersama suami, Datuk Red.

"Terlalu banyak benda yang terjadi di sekeliling saya dan memberikan kesan kepada hidup saya sebenarnya.

"Dalam keadaan ini saya tak nak kusutkan lagi keadaan dan menganggap ini satu jalan terbaik untuk saya melakukan sesuatu dalam hidup.

"Apa yang berlaku tiada kena mengena dengan cerita peribadi saya dan saya tidak mahu ibu saya terus tertekan memikirkan masalah saya pula," katanya yang kini kembali berdamai dengan suaminya seminggu lalu.

Mengimbas semula, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 pagi itu, ibu Adira, Rujinah Sarungin, 60, mengalami kerugian RM30,000 disamun seorang lelaki tidak dikenali yang memecah masuk ke rumahnya di Ranau, Sabah.

Rujinah ketika itu bersendirian dan bergelut untuk merampas semula beg tangannya yang mengandungi wang tunai dan barang kemas daripada penyamun.

Namun, cubaan itu gagal dan penyamun itu berjaya melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Alhamdulillah ibu saya hanya cedera ringan di tangan kerana bergelut dengan penyamun itu.

"Benda sudah nak jadi... Nyawa itu lebih penting," ulas Adira.
#Adira Suhaimi #Samun #Ibu
;