UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair: “Assalamualaikum…”

Maliah Surip 18/02/2025 | 09:46 MYT
Cepat waktu berlalu, sudah lima tahun aktor Ashraf Sinclair meninggal dunia. Mantan suami bintang popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL itu meninggal dunia usia 40 tahun, 18 Februari 2020.

BERITA TRENDING: "Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

Ibu allahyarham, Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung dengan ucapan yang dititip di akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. 5 years have gone by, but most time I felt like that it was only yesterday! (5 tahun berlalu, tetapi kebanyakan waktu saya merasa seperti baru kelmarin)," tulis ibu Ashraf.
Bersama luahan itu, Dida juga meninggalkan pesan surah Al Fatihah buat Ashraf yang meninggal dunia di Hospital MMC Kuningan, Jakarta.
Perkongsian tersebut disambut dengan ucap takziah dan salam buat allahyarham serta keluarganya.
Allahyarham yang menetap di Jakarta selepas berkahwin selama 12 tahun, ditemui terbaring dalam posisi tidur oleh BCL setelah penyanyi itu beredar ke tandas untuk membersihkan solekan.

BERITA TRENDING: “Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

BERITA TRENDING: Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

BERITA TRENDING: Ganti Nama Sinclair Di Akaun Instagram, BCL: “Ringkas Tapi Tak Mudah”

Sehingga kini hubungan keluarga Ashraf dan BCL masih akrab meski pelantun lagu Wanita Terbahagia itu sudah berkahwin baharu pada 2023 lalu.
Pasangan itu juga berkongsi seorang cahaya mata iaitu Noah Sinclair.
#Indonesia #Ashraf Sinclair #Ibu #BCL