Ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, Allahyarham Sutinah binti Sahari meninggal dunia pada pukul 4:44 petang tadi bersamaan 5 Syawal.

Perkara tersebut dikongsi oleh Fazreen atau lebih dikenali sebagai Fazren di Instagram dan Facebook milik beliau.

"Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti Sahari (Cik Tin) telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4:44 petang selepas azan Asar.

"Insya-Allah akan dikebumikan selepas Isyak," tulis Fazren ringkas di Instagram dan Facebooknya.

Fazren tidak berkongsi punca pemergian ibunya yang tersayang, juga di mana Allahyarham bakal dikebumikan.


Gambar kenangan Fazren bersama isteri, nenek dan arwah ibu.

Gempak cuba menghubungi Fazren untuk mendapat maklumat lanjut tetapi mungkin atas urusan pengkebumian, tiada jawapan daripada Fazren.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti sahari ( cik tin) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.44pm selepas azan asar. InsyaAllah akan dikebumikan selepas isyak.

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on


Pelakon yang mula dikenali dengan Drama bersiri Spa Q tersebut berkahwin dengan Syarifah Marlina pada tahun 2011 dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Salam takziah daripada kami di Gempak kepada Fazren, ahli keluarga dan sahabat handai.