Ibu Kepada Pelakon Zulkifli Ismail Meninggal Dunia
Ibu kepada pelakon senior, Zulkifli Ismail, Hajah Mariam Saad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad, kira-kira jam 4 petang.
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Zulkifli menerusi hantaran terbaharunya di Instagram.
Allahyarhamah pergi menghadap Ilahi pada usianya 80 tahun di Hospital Besar Rompin, Pahang.
"Innalillahiwainnailaihirojiun, mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah.
"Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun," tulisnya pada kapsyen.
Zulkifli turut memohon doa orang ramai buat ibunda tercinta.
"Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” tambahnya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan salam takziah buat Zulkifli dan keluarga.
Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ahli syurga yang lain, Al-Fatihah.