gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: Trak Bawa 25 Anggota Tentera Kemalangan
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Pasangan Ajak Tinggal Dengan Mentua? Ramai Pilih ‘Tidak’ Sebab…
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”

gempak
Khairil Khusyairi
23/05/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”
Sambutan hari lahir bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki hampir kehilangan nyawa selepas sebiji belon belum ditiup tersangkut di saluran pernafasannya sehingga menyebabkan jantungnya terhenti seketika.
Menerusi perkongsian ibunya di Facebook, Nurul Huda Zulkhairi, anaknya, Uwais Al-Fateh, yang berusia tujuh tahun, tiba-tiba sukar bernafas dan tidak sedarkan diri ketika sedang bermain bersama rakan.
Situasi menjadi panik apabila Uwais kelihatan kebiruan. Suaminya segera memberikan bantuan kecemasan, namun tidak berjaya. Mereka terus membawanya ke hospital, dengan peluang hidup hanya 50-50 kerana tiada lagi denyutan jantung ketika itu.

"Adik ipar saya beritahu 'Uwais macam semput'. Suami saya pun terus ambil alat sedut memandangkan Uwais pernah ada asma, tapi tiba-tiba adik ipar seorang lagi berlari bawa anak saya kepada suami dalam keadaan badan sudah kebiruan.

"Ketika itu, jantungnya sudah berhenti," kongsinya.
Setibanya di hospital, doktor menemui sebiji belon tersangkut dalam saluran pernafasan Uwais. Belon itu segera dikeluarkan dan CPR dilakukan hingga Uwais berjaya diselamatkan.

"Setibanya di hospital, doktor sedang bersedia untuk intubasi. Ketika itu, mereka ternampak ada belon dalam saluran pernafasan Uwais. Doktor segera mengeluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR.

"Alhamdulillah, nyawa anak saya Allah SWT pulangkan kembali!," tulisnya penuh syukur.
Difahamkan, Uwais memasukkan belon ke dalam mulut ketika bermain dan tidak sengaja tertelannya.
Nurul Huda turut berkongsi keadaan anaknya itu kini stabil namun masih bergantung pada alat bantuan pernafasan dan mengalami sedikit pendarahan pada paru-paru.
Topic Berkaitan
#Anak
#Ibu
#Mati
#Jantung
#Belon
#Hampir
#Terhenti
#Tertelan
Must-Watch Video