“Ibu Kutip Duit Syiling Atas Lantai Untuk Beli Nasi”- Isha Norsham Dedah Hidup Susah Dahulu
Syafiqah Jalal
11/02/2022 07:43 MYT
11/02/2022 07:43 MYT
Pengacara GempakTV, Isha Norsham mendedahkan dia dan keluarga melalui kehidupan yang susah seketika dulu.
Mengimbau kembali waktu itu, Isha memberitahu ibunya terpaksa mencari duit syiling yang ada untuk hanya membeli sebungkus nasi buat dia dan adiknya.
“Ada satu masa ni, ibu saya tak cukup duit, disebabkan ibu nak tengok anak dia makan sanggup beli satu nasi untuk saya dan adik makan.
“Saya ingat lagi, ibu kutip duit syiling ada dekat lantai rumah yang kadang-kadang bawah sofa tu hanya nak beli satu nasi untuk kami,” ceritanya.
Isha yang juga penyampai radio Era itu, membongkar kisah dukanya itu di SYOKCast Confession Bilik Gelap semalam.
Menurut Isha lagi dia masih ingat pengorbanan ibunya itu dalam membesarkan dia dan adiknya.
“Ibu saya masa itu memang tiada apa-apa, dia tak ada duit…tak ada kerja…barang kemas pun dia dah gadai semua… dia hanya ada saya dan adik.
“Tapi dia kata tak apa, asalkan ada anak-anaknya bersama, dia akan bekerja keras dan inilah apa yang saya lakukan sekarang,” luahnya.
Confession Bilik Gelap menampilkan tetamu daripada pelbagai latar belakang dan cerita.
SYOKCast Confession Bilik Gelap eksklusif hanya di aplikasi SYOK. Ikutinya di akaun Instagram @syokcast.