Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Ibu Lebiu” - Wany Hasrita Selamat Bersalin Baby Girl

Mya Amri
09/07/2023 11:43 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita selamat menyambut kelahiran bayi perempuan pada Sabtu secara normal.

Berita gembira itu disampaikan Wany menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

A post shared by WANY HASRITA (@wanyhasrita)


“Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,
Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.

“Membesar dgn sihat & jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulisnya.

Wany Hasrita selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz di sebuah premis acara di Damansara Perdana.

#Wany Hasrita