Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ibu Madu Meninggal Dunia, Netizen Sayu Adira Menziarah... Setia Meneman Sampai Ke Kubur

Amri Hassan 28/05/2022 | 02:47 MYT

Tindakan Adira hadir menziarahi keluarga madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 25 Mei lalu mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, Adira yang tampil memeluk dan menenangkan madunya, Datin Red, turut setia menemani di kubur selepas jenazah disemadikan.
Menerusi sepotong video yang dimuatnaik di Instagram, Datin Red turut berterima kasih atas keberadaan Adira ketika detik sukarnya.
"Pemergian yang tiada ganti… terputusla doa seorang ibu untuk anak-anaknya.
"Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka.
"Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai kebumian bonda saya," kongsi Datin Red.
Puji netizen melihat keakraban Adira dan Datin Red, ukhuwah dan silaturrahim yang murni antara kedua-dua mereka diharapkan kekal berpanjangan.
"Alhamdulillah Adira pun ada. Semoga silaturrahim dengan madu terjalin mesra.
"Terima kasih Adira datang menziarah.
"Sakitnya tu menusuk dalam lubuk hati bila nampak video ini. Mencurah air mata jatuh.
"Terus menangis bila datin panggil maaakkk! Dapat rasa kehibaan," demikian coret beberapa pengguna di Instagram Datin Red.
Gempak turut mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tercinta Datin Red. Al-Fatihah.

#Viral #Meninggal Dunia #Adira #Madu #Datuk Red #Ibu #Datin Red
;