,
Hiburan

Ibu Malek Mccrone Meninggal Dunia - “Selamat Tinggal Mamiku Tersayang”

Khairil Khusyairi
22/09/2024
10:20 MYT

Ibu kepada pelakon Malek Mccrone dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.

Berita duka tersebut dikongsi Malek atau nama sebenarnya Malek Marcus Mccrone, 30, di Instagram (IG) sebentar tadi.

Difahamkan, ibunya, Aishah Adam menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1:30 petang tadi.

Sehubungan dengan itu, pelakon drama Malang Si Puteri itu berharap semua dapat mendoakan buat Allahyarham ibunya itu.

“Untuk pengetahuan semua mak saya, Aishah Binti Adam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi pada pukul 1.30 petang.

“Diharapkan semua kawan dan kenalan saya yang muslim dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah mommy saya dan mendoakannya semoga berada di kalangan yang beriman,” kongsinya.

Tulis Malek lagi, dia turut berjanji akan meneruskan hajat arwah ibunya itu.

“Al-Fatihah. Selamat tinggal Mami ku tersayang, my pillar in life, my back bone my my everything.

“Mami dah boleh berehat dengan tenang sekarang lepas dah bertahun mami sakit.

"Kita jumpa lagi nanti ye mami, Malek akan sentiasa ingat mami and jalankan tugas and hajat mami. Sayang Mami dunia akhirat,” tutupnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Unitar