Viral

“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut

gempak
Mya Amri
04/05/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis tampil bersuara selepas menerima komen negatif kerana meminta seorang individu yang menghina anak mereka untuk melutut memohon maaf di hadapannya.

Ibu mana yang boleh sabar bila anak dihina teruk

Menerusi hantaran di Instagram Story, Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis menyatakan sebagai seorang ibu dia tidak dapat menahan rasa marah apabila anaknya dihina dengan dengan begitu teruk dan digelar sebagai haiwan.
“Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah.
“Yang korang bising sangat fasal melutut tu, apalah sangat melutut tu dengan apa yang dia dah cakap dekat anak aku.
“Aku nak satu benda dekat korang, cuba letak tempat kau dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya, nak putus nyawa beranakkan seorang, nak keluarkan seketul ni bukan senang.
“Tak sampai 40 hari, kau senang-senang nak dajalkan anak aku. Kau cakap muka anak aku macam hisap batu, kau cakap muka macam babi.
“Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap macam tu dekat anak kau?
“Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?” ujarnya.

Sabar seorang ibu juga ada limit

Dalam hantaran yang sama, Elis juga menyatakan tahap kesabaran manusia juga pastinya mempunyai limit tertentu.
“Aku manusia. Sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut. Ikut baran aku, takut tertinggal gigi dekat kL. Dah lah. Malas nak layan tidur peluk anak aku lagi bagus!
“Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang jap esok aku cakap elok-elok balik,” coretnya.

BERITA TRENDING: Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”

Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Elis dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Elis telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.

BERITA TRENDING: Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak

Untuk info, Caprice dan Elis mendirikan rumah tangga pada November 2022.
Hasil perkahwinan itu, padangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.
Elis juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024