Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Amri Hassan
21/01/2021 15:30 MYT
Ibu mentua pelakon Ako Mustapha, Hajah Santanina menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat Covid-19, petang Khamis.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, memaklumkan berita pemergian itu menerusi laman sosial, Facebook (FB) miliknya.

"Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina kembali ke rahmatullah, hari ini di HKL disebabkan virus Covid-19," tulisnya.



Terdahulu, Ako berkongsi keadaan kesihatan ibu mentuanya yang merosot hingga dimasukkan ke hospital pada April 2019.

Ako mendirikan rumah tangga dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.
#Meninggal Dunia #Ako Mustapha #COVID-19 #Ibu Mentua