Uwais Al-Qarni, anak sulung kepada pelawak Shuib dan penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah menjadi juara pada Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 tahun anjuran Palm Resort.

Sepanjang kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, Uwais ditemani bapa serta datuknya Raisuddin Hamzah.

Bangga dengan kejayaan Uwais, Shuib telah berkongsi momen penyampaian hadiah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi hantaran tersebut, Shuib berkata, isterinya pasti bangga dengan kejayaan dicapai Uwais kerana arwah yang mahu anak sulung mereka menjadi pemain golf profesional.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Alhamdulillah, champion untuk kategori 10 tahun!!! Tahniahhh Waissss!! Percaya daddy, ibu @sitisarahraissuddin pasti sangat-sangat bangga.

“Ibu yang nak sangat Wais jadi golfer sayang…Hari ni dia senyum tengok Wais menang. More to go Wais, kerja keras, practice kuat-kuat.

Terima kasih atok @raissuddin_hamzah yang selalu bawak Uwais practice. Terima kasih @hilmibar banyak guide Wais dan jadi caddy Uwais untuk dua hari ni…

“I Love you so much champ!!! Daddy akan buat habis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa!!!! U ARE MY CHAMPION!!!,” tulis Shuib.

Kecenderungan Uwais dalam sukan golf mula dikesan Shuib dan Siti Sarah sejak anak sulung mereka itu masih kecil.

Malah allahyarham Siti Sarah sendiri pernah berkongsi hantaran IG menyatakan Uwais sudah mula mengikut jejak langkah Shuib dan Raisuddin ke padang golf.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)