,
Laman Utama

Ibu Minta Netizen Berhenti Gosip Tentang Mendiang Moonbin

Maliah Surip
14/06/2023
14:45 MYT
Salah seorang anggota kumpulan ASTRO, Moobin telah meninggal dunia pada usia 25 tahun, bulan lalu.
Ahli keluarga, sahabat dan peminat bintang itu masih berduka di atas pemergiannya.
Namun ternyata ada juga yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita tidak sahih tentang Moobin sehingga memaksa ibu mendiang menulis sepucuk surat terbuka demi meminta jasa baik warganet berhenti bercakap buruk tentang anaknya.
Menurut kenyataan yang disiarkan Soompi, ibunya terlebih dahulu berterima kasih kepada semua pihak yang menyayangi anak dan terus melawat tapak persemadian Moobin.
“Saya berterima kasih dengan kasih sayang yang anda berikan terhadap Moobin. Walaubagaimanapun saya melihat masih ada pihak yang menyebarkan berita tidak berasas tentang anak saya di beberapa komuniti kecil di internet.
“Sebagai ibu, hati saya sangat terguris dan dengan tersebarnya berita tak benar mungkin akan memberi lebih banyak perkara buruk pada orang lain.
“Saya tidak mahu anak saya menjadi bahan gosip dan tolong jangan mulakan berita tidak benar yang lain. Saya tidak mahu ada lebih banyak hati yang terluka,” tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu media tempatan melaporkan Moobin ditemui sudah meninggal dunia di kediamannya di Gangnam pada 20 April lalu. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak berkuasa tidak menafikan penyanyi ini ‘mengambil nyawa’ sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
Hiburan

Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

gempak
08/10/2024
03:55 MYT
Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik hantaran menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pihak.
Hiburan

Sentiasa Berusaha Untuk Dapatkan Zuriat, Marsha Milan Ada Rancang Nak Buat IVF - “Cuma Itulah, Dari Hari Ke Hari…”

gempak
08/10/2024
01:55 MYT
Memasuki sembilan tahun usia perkahwinan, penyanyi Marsha Milan Londoh memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.
BorakSeeni