Laman Utama
“Ibu Nak Nangis Tapi…”- Tak Toleh Belakang! Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Hari Pertama Hantar Aafiyah Sekolah
Penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin teruja apabila pertama kali dapat menghantar anak sulungnya, Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun di hari pertama persekolahannya pada hari ini.
Berkongsi pengalaman itu, sebagai ibu Siti Nurhaliza, 43, akui dia tidak dapat menahan sebak dan dalam masa yang sama gembira melihat semangat Aafiyah untuk ke pra-sekolah.
“Alhamdullillah, hari ini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia , kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun..
“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah.Semangat betul dia nak ke sekolah..
“Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas ,dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam.. ibu nak nanges.. tapi tahannnn jek,” kongsi Siti.
Siti berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya bersama suami, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa serta anak mereka di hadapan pintu masuk sekolah.
Dalam masa yang sama Siti turut mendoakan agar urusan anaknya di sekolah dipermudahkan.
“Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain,” pintanya.
Selain Aafiyah, Siti turut mempunyai seorang lagi cahaya mata yang bernama Afwa yang kini berusia setahun
Must-Watch Video