Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Pengsan, Keluarga Mantan Kekasih Datang Ke Upacara Bakar Mayat Tunisha Sharma

Maliah Surip
28/12/2022 13:45 MYT
Kisah kematian tragis pelakon muda Bollywood, Tunisha Sharma yang mengakhiri hidup dengan mengantung diri di set penggambaran masih menjadi perhatian media tempatan.

Ini termasuklah insiden ibunya, Vanita Sharma yang pengsan sewaktu majlis upacara membakar mayat Tunisha, yang berlangsung pada 27 Disember 2022 di tanah pembakaran mayat Mira Road di Mumbai, India.

Vanita dilihat pengsan sepanjang ritual pembakaran berlangsung sehingga terpaksa dipapah dengan kerusi untuk masuk ke kenderaan.

Selain menyorot kejadian Vanita pengsan, media juga ‘menangkap’ ahli keluarga mantan kekasih Tunisha, Sheezan Khan iaitu kakak dan ibunya yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada pelakon tersebut.

Terdahulu, Vanita mendakwa Sheezan menjadi punca kematian anaknya yang baru berusia 20 tahun sehingga aktor itu ditahan pihak berkuasa untuk siasatan.

Tunisha mati bunuh diri dengan menggantung dirinya sewaktu terbabit dengan penggambaran drama televisyen, Ali Baba: Daastan-E-Kabul pada Sabtu lalu.

BACA: Pelakon Wanita Bunuh Diri Di Set Penggambaran Drama, Gantung Diri Di Kipas Siling!

Vanita mendakwa Sheezan telah menipu anaknya sewaktu masih menjalin hubungan cinta sehingga akhirnya berpisah pada bulan lalu yang membawa kepada tindakan bunuh diri.

“Dia telah berjanji untuk berkahwin dengan Tunisha tetapi meninggalkannya. Pada masa sama dia juga menjalin hubungan dengan wanita lain dan menggunakan anak saya.

“Dia layak menerima hukuman yang setimpal,” ujar Vanita dalam kenyataan yang diberikan kepada media.

Bagaimanapun selepas soal siasat, pihak berkuasa tidak menemukan sebarang bukti Sheezan terkait dengan kematian Tunisha.

Sheezan malah dilaporkan menangis sewaktu soal siasat dan kekal ‘bersih’ dari jenayah yang sedang dihadapinya.

#Bollywood #Kekasih #Tunisha Sharma #Sheezan Khan #Vanita Sharma
;