Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Ibu Pernah Cakap Kalau Aku Meninggal Jangan Datang Kubur Aku Sebab...”- Luahan Zyn Nakal Buat Arwah Ibunya Bikin Ramai ‘Potong Bawang’

Hanafis Haris 27/09/2020 | 07:11 MYT
Perkongsian penyanyi dan komposer Zynakal menerusi sebuah posting di Instagramnya malam semalam mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.

Posting tersebut bagaikan satu luahan dan rasa sedihnya terhadap pemergian ibunda tercintanya, Zuraidah Ibrahim, semalam.

Menurut Zyn atau nama sebenarnya Raziq Rosli, jenazah ibunya berbau harum ketika majlis pengebumian semalam.

“Ibu, ibu nak tahu tak tadi ibu wangi sangat, bersih. Alhamdulillah ajib dapat tolong ibu pindah rumah tapi bukan rumah dari ajip la,” katanya.

Jelas Zyn lagi, dia juga meminta maaf kepada arwah ibunya atas perkara yang terjadi sebelum ini.

“Ibu ajip mintak maaf ye, dulu kita gaduh besar dan ibu pernah cakap kalau aku meninggal jangan datang kubur aku.

“Tapi alhamdulillah hari ini ajip yang kebumikan ibu. Salam cinta terakhir dari anakmu, Raziq Rosli,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata semangat supaya Zyn terus bersabar.

Terdahulu, ibu Zyn yang juga kakak kepada penyanyi telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Sharifah Zarina di Instagram (IG) miliknya.

"Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada

BACA: Ibu Zynakal, Kakak Zamani Slam Meninggal Dunia

ibu, ibu nak tahu tak tadi ibu wangiii sangat.. bersih... Alhamdulillah ajip dapat tolong ibu pindah rumah tapi bukan rumah dari ajip la? ibu ajip mintak maaf ye?? dulu kita gaduh besar dan ibu pernah cakap “ kalau aku meninggal jangan datang kubur aku!” tapi alhamdulillah harini ajip yang kebumikan ibu❤️ Salam cinta terakhir dari anakmu, Raziq Rosli❤️

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal) on

#Zamani #ZynNakal
;