Hiburan

Ibu Pernah Larang Razak A'ai Jadi Penyanyi

gempak
Kamaruddin Razal
21/01/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Ibu Pernah Larang Razak A'ai Jadi Penyanyi
Penyanyi baru, Razak A'ai, 25, mendedahkan keputusan untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian pernah mendapat tentangan dari ibunya.
Pernah muncul dengan sebuah single sebelum ini, percubaan pertama Razak pernah menemui kegagalan.
"Sebelum bernaung bersama Todak Music, saya pernah menyertai sebuah syarikat rakaman sebelum ini.
"Di usia 18 tahun, saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi di usia yang sangat muda.
"Sebelum ini, saya pernah menghasilkan sebuah single, namun ia kurang menjadi.
"Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya.
"Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching, Sarawak dan tinggal bersamanya.
"Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
"Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya," dedah Razak.
BACA: Dapat Jolokan Cakra Khan Malaysia, Razak A'ai Pertaruhkan Single 'Aku Setia'
Kini, jejaka berkulit sawo matang ini muncul dengan single terbaru berjudul Aku Setia yang dicipta sepenuhnya oleh Razak sendiri.
"Kali ini, saya berjanji akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu.
"Kini, menerusi single Aku Setia, idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024