Berita

Ibu Pukul Anak 100 Kali Sebab Gagal Buat ‘Handstand’

gempak
Gempak
03/08/2024
16:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Pukul Anak 100 Kali Sebab Gagal Buat ‘Handstand’
Seorang wanita Singapura dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan selepas didakwa memukul anaknya dengan menggunakan tali pinggang gara-gara tidak berkelakuan baik di rumah.
Wanita berkenaan turut didakwa memukul anaknya lebih 100 kali di seluruh badan dan juga muka, selain bertindak menendang kanak-kanak berusia enam tahun itu.
Difahamkan, deraan tersebut diberikan selepas si anak gagal melaksanakan arahan wanita itu untuk melakukan handstand sebagai hukuman terhadap kelakuan nakalnya.
Kemudian, wanita terbabit membawa anaknya ke balai polis Nanyang bagi membuat laporan. Tidak mengaku bersalah, dia bagaimanapun menuduh pula teman lelakinya sebagai individu yang bertanggungjawab memukul kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Menerusi pemeriksaan tersebut, mangsa didapati mengalami 50 lebam dan luka pada tubuh badannya.

Jatuhkan hukuman

Memetik laporan CNA, pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mengalami gangguan penyesuaian tekanan perasaan. Begitupun, doktor menafikan keadaan mental wanita itu berkait dengan kesalahan yang dilakukan.

BERITA TRENDING: Lima Pelajar Ditahan Merusuh, Pukul Junior

BERITA TRENDING: Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

BERITA TRENDING: Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

BERITA TRENDING: Guru Pusat Jagaan Direman Seminggu Kerana Pukul Kanak-Kanak Autisme

Meskipun hakim berpendapat kekerasan melampau tidak boleh dilakukan atas tujuan mendisiplinkan anak, beliau menganggap penderaan itu sebagai insiden yang tidak menyebabkan kecederaan kekal.
Wanita itu kini boleh bertemu dengan anaknya itu tetapi di bawah pengawasan pegawai perlindungan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live