HIBURAN
Ibu Ray-D Sedia ‘Hadap’ Komen Negatif Netizen - “Dia Nasihat Saya Untuk…”
Bintang Kilauan Emas 2025, Leeza mengakui dirinya sudah bersedia menerima pelbagai komen apabila menyertai pertandingan tersebut, memandangkan dia merupakan ibu kepada salah seorang ahli kumpulan ALPHA iaitu Ray-D.
Jelas Leeza, minat yang mendalam terhadap dunia nyanyian menjadi pendorong utama untuk terus mencuba nasib di pentas besar ini.
“InsyaAllah bila kita nak masuk ni memang kita kena siapkan mental apa. Ray-D juga ada menasihatkan saya untuk tidak membaca komen-komen supaya kita boleh concentrate dekat pertandingan inilah.
“Sebab kita memang minat bernyanyi dan kita memang nak masuk pertandingan ni. Jadi, memang itu yang kita kena inilah.
“Kuatkan semangat, kuatkan mental,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, bintang Kilauan Emas 2025 itu tidak menafikan banyak belajar daripada anaknya sendiri walaupun selama ini dia yang menjadi pengurus Ray-D sejak kecil.
“Dulu saya yang bawa Ray-D masuk pertandingan, rasa macam kita pandai ajar dia. Tapi bila dia dah masuk pentas besar, saya pula yang belajar daripada dia.
“Dia memang menguasai pentas dengan baik. Malah, dia pesan pada saya supaya jangan fikir perkara lain. Fokus saja pada diri sendiri,” ujarnya.
Tambah Leeza, keluarganya tidak terkejut apabila dia berjaya melepasi sesi uji bakat kali ini kerana sebelum ini dia pernah mencuba pertandingan itu beberapa tahun lalu.
“Mereka cuma gembira dan ucap ‘all the best, ibu!’” selorohnya.