Kisah hidup dan empayar yang pernah dibina King of Pop, mendiang Michael Jackson akan dapat disaksikan secara visual apabila sebuah biopik mengenainya difilemkan.

Bukan ‘orang jauh’ ataupun aktor ternama, sebaliknya watak Michael akan dibawakan oleh anak saudaranya, Jaafar Jackson. Biopik tersebut diberi judul Michael.

Jaafar merupakan anak kepada abang pesohor itu iaitu Jermaine Jackson, yang juga salah seorang anggota The Jackson 5.

Pemuda berusia 26 tahun itu bagaimanapun bukan tidak mempunyai latar belakang seni, tetapi merupakan seorang penyanyi dan telah mula menyanyi sejak usia 12 tahun.

“Filem ini akan menampilkan kisah kehidupan dan semua tentang pesohor ini dari perjalanan hidup, karier dan menjadi figura ikonik dunia,” ujar pengarah Antoine Fuqua dalam Instagramnya.

Sementara itu, ibu Michael dikatakan memberi restu dan gembira kerana Jaafar akan ‘menjelma’ sebagai anaknya.

“Jaafar adalah kewujudan semula anakku. Saya sangat senang melihat warisan ini kerana Jaafar juga menjadi seorang penghibur sebagai Michael,” ujar Katherine Jackson.

"Jaafar adalah perwujudan anakku. Sangat senang melihat dia melanjutkan warisan Jackson sebagai penghibur dan artis," tutur Katherine.

Menurut laporan Deadline, Michael akan menjalani penggambaran pada tahun ini.

Selain Jaafar menjadi daya tarik di depan layar, filem ini digarap oleh kru produksi hebat termasuk John Logan sebagai penulis naskhah. Logan sebelumnya dikenal sebagai penulis Gladiator (2000), Skyfall (2012), dan Spectre (2015).

Antoine Fuqua yang merupakan pengarahnya pula sudah cukup terkenal di Hollywood dengan hasil tangannya seperti The Magnificent Seven dan The Guilty.

Michael akan diterbitkan oleh Graham King yang merupakan produksi sama menerbitkan filem fenomena, Freddie Mercury Queen iaitu Bohemian Rhapsody. GK Films akan menerbitkan filem ini bersama ‘orang Michael’ iaitu John Branca dan John McClain.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.