,
Laman Utama

"Ibu Saya Pun Suka" - Alyah Penyeri 'Sentuhan Ramadan' Hotel Tenera Bangi! Sedia Lebih 200 Menu, Lengkap Kemudahan Terawih

Amri Hassan
28/02/2023
06:40 MYT
Ramadan hampir tiba tahun ini, pastinya ramai yang tercari-cari iftar berkonsepkan bufet yang enak! Hotel Tenera Bangi ada jawapannya.
Selain menyediakan lebih 200 menu untuk pilihan pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan, salah satu penyeri pada tahun ini juga dengan adanya penyanyi terkenal, Datin Alyah!
Kata Alyah, selaku penggemar juadah di hotel terbabit, dirinya berbesar hati menerima pelawaan sebagai wajah bufet 'Sentuhan Ramadan' tahun ini.
"Sepanjang menjadi artis, ini kali pertama seumur hidup saya dipilih sebagai duta bersempena dengan kempen buffet Ramadan. Tak pernah saya terfikirkan.
"Apabila tawaran ini hadir, saya sambut dan terima dengan rasa syukur dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya akan turut serta pada hari tertentu sekaligus mengambil kesempatan untuk menghiburkan pengunjung
"Saya sendiri tak sangka kerana sebelum ini, pada tahun lalu, saya menjadi pelanggan di sana kerana menggemari apa yang mereka hidangkan. Lauk pauk yang sedap memang memukau selera saya.
"Selain itu, saya sukakan konsep yang dipersembahkan. Selain kelazatan juadah, mereka juga menyediakan kemudahan surau dan dewan untuk solat Maghrib, Isyak dan terawih. Bayangkan, ibu saya pun suka untuk berbuka di sana kerana makanan sedap dan kemudahan terbabit.
"Maklumlah, golongan mak-mak ni, jika diajak berbuka di luar, mereka kurang bersetuju kerana mereka mahu segera menunaikan solat fardu dan terawih. Di sana semuanya serba lengkap, jadi taka da masalah untuk saya membawa ibu dan keluarga," ujarnya.
Terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng dan banyak lagi.
Menghimpukan lebih 200 menu seperti Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit, Roti Bakar Arang, pelbagai hidangan pencuci mulut serta aneka minuman, ia merupakan hasil air tangan seorang cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said yang merupakan cef eksekutif Hotel Tenera.
Dalam pada itu, dengan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat, Hotel Tenera optimis mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk kanak kanak.
Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan promosi itu berlangsung sehingga 28 Februari ini.
Harga tersebut dilihat berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu terdiri daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hinggalah kepada minuman sejuk dan panas.
"Kami mengunjurkan kira-kira 800 pengunjung sehari yang hadir berbuka puasa di sini dan sepanjang 26 bari jualan pada bulan tersebut, ia dianggarkan kira-kira 17,000 pelanggan.
"Jumlah sasaran ini boleh dicapai memandangkan kami memiliki rekod yang balk dalam menghidangkan juadah berbuka puasa sebelum ini," katanya.
@thisisyeoy Ada 200 menu & 30 gerai kalau nak buka puasa di Hotel Tenera, Bangi! Harga early bird RM88 jer! Murah gila!!! Rasa? Tak yah bimbang, gerenti sedap. Paling penting kemudahan nak solat terawih pun complete kat hotel ni. #hoteltenerabangi #bangi #iftar #ramadan #bukapuasa ♬ Sunroof - Nicky Youre & dazy
Dalam pada itu, konsep gerai-gerai dalam menyajikan lauk pauk masih lagi diteruskan. Informasi lanjut mengenai buffet berkenaan boleh diperolehi menerusi di laman media sosial Hotel Tenera dan Alyah.
Untuk maklumat lanjut mengenai bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 bertemakan ‘Sentuhan Ramadan’, boleh layari di laman sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau Instagram (@hoteltenerabangi).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Buat Content Double Meaning, Peniaga Makanan Tular Tampil Mohon Maaf

gempak
11/11/2024
09:25 MYT
Menurut peniaga tersebut mereka juga telah membuat keputusan untuk menukar jenama mereka kepada nama yang lain.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Hiburan

Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

gempak
11/10/2024
09:00 MYT
Tular video di media sosial memaparkan momen mencuit hati Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

gempak
10/10/2024
04:25 MYT
Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).
Unitar