Hiburan
Ibu Sebut Nama Luna Maya Di Majlis Hari Jadi Faisal Nasimuddin?
Sejak semalam, kecoh di media Indonesia mengenai hubungan di antara pelakon popular Luna Maya dengan ahli perniagaan Malaysia, SM Faisal Nasimuddin.
Media Indonesia mula menyiarkan berita mengenai Luna dan Faisal apabila sepotong video ketika Faisal meraikan majlis sambutan hari lahirnya ke-40, tular di media sosial.
Difahamkan video tersebut dimuat naik di Insta Story laman sosial Instagram (IG) adik Faisal dikenali sebagai Diana Nasimuddin.
Menerusi video tersebut selesai sahaja meniup lilin pada keknya, tetamu yang hadir meminta Faisal membuat permintaan.
Faisal kemudiannya mencium pipi ibu, Puan Sri Zaleha Ismail dan menyuapkan kek kepada wanita kesayangannya itu.
Sambil tersenyum ibu membalas kembali suapan ke mulut Faisal dan menyebut nama Luna Maya agar tidak cemburu.
"Jangan jealous, jangan jealous Luna Maya, jangan jealous," katanya.
Walaupun diusik para tetamu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza itu kelihatan tenang sambil menyuapkan kek kepada ibunya.
Sebelum ini, Luna Maya pernah memberitahu kepada media bahawa hubungannya dengan Faisal tidak lebih daripada kawan biasa.