Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Sentap Kekasih Anak Dianggap Biadab Kerana Tidak Makan Masakannya

Maliah Surip
01/12/2023 13:45 MYT
Seorang ibu melahirkan rasa kurang senang terhadap kekasih anak lelakinya selepas wanita itu tidak mahu menjamah atau memakan masakan yang dimasaknya.

Luahan tersebut dibuat menerusi forum Reddit dan dakwanya lagi dia sangat terasa hati serta tersinggung dengan perbuatan wanita itu.

Sementelah anak lelakinya dan kekasih telah enam tahun bersama dan sepanjang dia datang melawat mereka lalu memasak di rumah, wanita itu tidak pernah mahu memakan masakannya.

“Sebenarnya saya cuba memahami situasi. Kami datang dari latar belakang berbrza dan menggunakan banyak rempah dalam masakan.

“Mungkin dia memang tidak memakan masakan yang banyak menggunakan rempah.

“Jadi saya cuba memasak menu yang ringkas tetapi dia juga langsung tidak menjamahnya.

“Apabila saya tanya kepada anak, dia kata kekasihnya seorang yang sangat memilih makanan,” ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya seperti dilaporkan DailyMail.uk

Dia juga mengatakan tidak akan memasak untuk anaknya dan kekasih yang ingin pulang menziarah. Saya katakan saya hanya akan pesan piza.

“Anak saya berasa kesal kerana dia sudah lama tidak menikmati masakan saya.

“Adakah saya seorang ibu yang teruk apabila menolak untuk memasak buat tetamu yang tidak akan memakan masakan saya?”tanyanya.

Luahan dan pertanyaan tersebut kemudian dijawab dengan pelbagai reaksi namun kebanyakannya menyokong tindakan wanita itu untuk tidak memasak buat pasangan tersebut.

#Viral #Makanan #Ibu #Sentap #Biadab
;