Ibu Suka Lelaki Muda, Anak Jodohkan Demi Moore Dengan Nick Jonas
Syafiqah Jalal
08/01/2018 03:40 MYT
08/01/2018 03:40 MYT
Anak perempuan Demi Moore, 55, Rumer Willis pertemukan ibunya dengan penyanyi Nick Jonas selepas memahami pelakon itu mempunyai citarasa terhadap lelaki muda.
Rumer dikatakan 'menjodohkan' Demi dengan Nick kerana mengetahui penyanyi muda itu masih solo selepas cintanya yang lalu terputus.
Tambahan pula, adik kepada Joe Jonas itu juga mempunyai pengalaman bercinta dengan selebriti wanita lebih berusia seperti Kate Hudson dan penyanyi Australia, Delta Goodrem.
Perbezaan usia 30 tahun tidak menghalang Demi Moore menjalinkan hubungan cintanya dengan penyanyi tersebut.
Bagaimanapun, Demi tidak mahu hubungannya dengan Nick diketahui umum kerana bimbang dikritik oleh peminat dan netizen.
Aktres Demi sebelum ini diketahui sering memilih menjalin hubungan dengan lelaki muda.
Antara lelaki yang pernah mencuri hati wanita berusia itu seperti aktor Ashton Kutcher dan bintang Spider-Man, Tobey Maguire.
Sumber: Radar Online