Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Ibu Susut 12 Kilogram Sebab Menangis Setiap Hari" - Sheikh Muszaphar Imbas Kenangan Di Angkasa Lepas

Amri Hassan 22/08/2020 | 00:45 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendedahkan berat badan ibunya merosot sebanyak 12 kilogram ekoran menangis setiap hari.
Kisah itu berlaku ketika Sheikh Muszaphar berada selama 12 hari di angkasa lepas pada 2007.
"Saya membawa bersama dua naskhah Al-Quran dalam perjalanan ke angkasa.
"Salah satunya adalah dari ibu saya yang mengingatkan saya untuk membawanya setiap masa.
"Ibulah yang paling risau berbanding semua orang. Dia menangis setiap hari selama 12 hari bertugas di angkasa dan telah kehilangan 12 kg selama 12 hari itu.
"Saya teringat bercakap dengannya semasa saya menaiki ISS – ada air mata kegembiraan walaupun ketika itu saya dapat merasakan ketegangan apabila mengetahui perjalanan saya masih belum selesai," cerita Sheikh Muszaphar.
Berbeza pula dengan bapanya yang lebih tenang dan sentiasa memberikan sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan.
"Ayah sangat berlainan dengan ibu. Sama kuat seperti keluli, terus mendorong saya dan ingatkan bahawa saya akan berjaya dengan sikap ‘do oe die’.
"Saya kira dari situlah saya mewarisi sifat beliau," tambahnya.
Berakar umbi daripada asuhan kedua-dua ibu bapa, kata Sheikh Muszaphar daripada situlah keempa-empat adik beradiknya melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.
Matlamat sama diguna pakai Sheikh Muszaphar dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
"Saya sangat bersyukur dibesarkan dengan 4 saudara lelaki lain yang benar-benar kompetitif dan mempunyai semangat untuk berjaya dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dan sukan.
"Saya sekarang membesarkan anak-anak saya dengan cara yang betul. Membesarkan mereka dengan cara seimbang adalah kunci.
"Seorang ibu bapa tegas sementara yang lain menyayangi anak mereka dengan cara tradisional.
"Kedua ibu bapa harus bersikap tegas dan penyayang dengan tujuan bersama – untuk menghasilkan yang terbaik pada anak anda.
"Penting untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bimbing mereka. Sayangi mereka. Didik mereka. Dan hormati mereka. Insya Allah, mereka akan berjaya di akhirat," ujarnya.
Sheikh Muszaphar telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki kapal Soyuz dibawah penjanjian Rusia pada Oktober 2007.
#Ibu #Sheikh Muszaphar #Angkasa Lepas
;